Kulliyyah of Dentistry, International Islamic University Malaysia kuantan campus, Jalan Sultan Ahmad Shah, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang
2023 - Continuation of the programme
PROGRAM DI BAWAH GERAN SUMBANGAN SURUHANJAYA KEBANGSAAN UNESCO MALAYSIA TAHUN 2023
Pendedahan awal pendidikan sains kesihatan kepada kanak-kanak dan remaja orang asli
The aim of the project is to give exposure on health science education to school children of aboriginals people in this school. This school is situated in the heart of Kg Mas, where aboriginals people reside.
This project is supported by UNESCO under SKUM Grant
Visits to special care centers and home visits
The aim of the annual visits to special care centers is to promote good oral hygiene among the caretakers, parents, teachers
PELAPORAN PROGRAM
PELAPORAN PROGRAM
Para pelajar dibahagikan mengikut kumpulan oleh guru-guru sekolah di tapak perhimpunan sekolah. Kumpulan ini dibahagikan mengikut tahap dan darjah untuk memudahkan komiti mengenal pasti dan mengunakan cara yang terbaik untuk memberikan kefahaman kepada mereka.
Para pelajar duduk dalam kumpulan masing-masing mendengar taklimat yang diberikan oleh komiti program. Taklimat ini merupakan sesi pertama untuk bersuai kenal dengan kanak-kanak orang asli SK Sungai Mas
Ucapan pembukaan yang disampaikan oleh Guru Besar SK Sungai Mas. Beliau berbesar hati dengan kedatangan para komiti dan kewujudan program ini yang dilihat menjadi langkah awal untuk mendedahkan secara langsung mengenai kesihatan kepada kanak-kanak orang asli
Ucapan ringkas yang disampaikan oleh ketua program, Dr Abdul Hadi. Ucapan ini menyentuh serba sedikit objektif dan matlamat program ini.
Pelajar-pelajar orang asli melakukan aktiviti senaman yang diketuai oleh para komiti. Senaman ini adalah bertujuan untuk mencergaskan badan sebelum aktiviti yang seterusnya.
Para komiti bertungkus lumus menyiapkan bahan-bahan pameran masing-masing.
Para komiti membantu pelajar-pelajar memakai sarung tangan dan apron plastik. Pemakaian sarung tangan dan apron ini bertujuan untuk memberikan perasaan teruja dengan program kesihatan ini.
Pelajar-pelajar cuba untuk memakai apron yang diberikan.
Pameran kesihatan: Penyakit cacing gelang. Pelajar-pelajar diberikan peluang untuk mengunakan mikroskop bagi melihat sendiri cacing sebenar.
Pameran kesihatan: kutu dan kudis buta. Komiti sedang memberikan penerangan ringkas berkaitan dengan kutu dan kudis buta. Seusai pameran, pelajar-pelajar diberikan kuiz ringkas untuk menguji pemahaman mereka.
Pameran kesihatan: Amalkan pemakan yang sihat. Pelajar-pelajar diajar tentang piramid makana dan konsep suku-suku separuh. Kefahaman mereka diuji melalui permainan memilih gambar-gambar makanan untuk dijadikan satu menu sihat.
“Puppet show” yang dijalankan di pameran kesihatan bahagian pergigian. Melalui kaedah ini, para pelajar dilihat lebih mudah untuk faham tentang kepentingan untuk menjaga kebersihan gigi.
Pelajar-pelajar juga diajar tentang cara-cara untuk membasuh tangan dengan betul memalui 7 cara yang digarikan oleh KKM. Selain itu, mereka diminta untuk menunjukan cara membasuh tangan secara praktikal di hadapan para komiti.
Pameran kesihatan: rokok dan vape. Pelajar-pelajar diberikan penerangan mengenai kandungan rokok dan vape serta bahayanya merokok dan vaping.
Pameran kesihatan: Demam Denggi. Komiti sedang mengenal pasti tahap pengetahuan mereka mengenai penyakit denggi.
Pameran kesihatan: organ manusia. Komiti sedang memberikan penerangan mengenai bahagian tubuh badan manusia serta fungsinya.
Pameran kesihatan: kutu dan kudis buta. Pelajar-pelajar diberi peluang untuk melihat gambar-gambar serangga yang menyebabkan kutu dan kudis buta.
Pameran kesihatan: cacing gelang. Komiti sedang memberikan penerangan mengenai cacing gelang, tanda-tanda penyakit dan cara mencegahnya. Guru-guru juga turut serta merasai sendiri mengunakan mikroskop bagi melihat cacing gelang.
Pameran kesihatan: pergigian. Para pelajar diajar tentang cara untuk memberus gigi dengan betul. Di samping itu, mereka juga diberikan model gigi dan berus gigi untuk menunjukkan cara memberus gigi secara praktikal.
Pameran kesihatan: Demam Denggi. Pelajar diberikan penerangan mengenai kitaran hidup nyamuk aedes, cara untuk mencegah pembiakan nyamuk aedes.
Semua guru, pelajar dan komiti bersama-sama menikmati juadah makanan yang disediakan oleh pengusaha kantin
Aktiviti selepas makan. Mereka bersama-sama membaca doa dan menyanyi lagu selepas makan. Ini merupakan rutin mereka selepas selesai makan.
Komiti sedang membuat penilaian kumpulan yang paling aktif sepanjang program ini
Setiap kumpulan menerima hadiah yang mengandungi alat-alat tulis. Pemberian hadiah alat tulis memberikan suntikan semangat untuk belajar bersungguh-sungguh di sesi persekolahan yang akan datang.
Kumpulan yang paling aktif diberikan hadiah berupa hamper. Kumpulan aktif dinilai melalui interaksi bersama komiti dan quiz ringkas di setiap pameran kesihatan.
Penyampaian plak cenderahati dan buku yang ditulis khas untuk kanak-kanak orang asli dari Dr Abdul Hadi kepada Guru Besar SK Sungai Mas.
Penyampaian cenderahati dari pihak sekolah kepada Dr Abdul Hadi. Ini menjadi bukti satu kerjasama utuh terjalin antara pihak UNESCO, JKOA, UIAM dan pihak sekolah.
Sesi pengambaran di akhir program merangkumi semua guru, pelajar dan komiti program.
Barisan komiti yang bertugas untuk menjayakan program kesihatan untuk kanal-kanak orang asli.